Ticker

6/recent/ticker-posts

GAJI MAKIN NAIK… TAPI ADAKAH SAYA MAKIN KAYA?


Bila buka slip gaji bulan ini, saya tengok jumlah yang diterima dan tersenyum sendiri.
Minggu ini minggu gaji.
GAJI MAKIN NAIK… TAPI ADAKAH SAYA MAKIN KAYA?
Alhamdulillah, makin lama bekerja, gaji pun makin meningkat.
Tambahan pula saya tinggal dan bekerja di Kelantan. Kos kehidupan di sini secara relatifnya masih lebih rendah berbanding bandar besar. Dengan jumlah gaji yang saya terima sekarang, memang terasa macam dah kaya. 😂

Tetapi saya terfikir satu benda…
Adakah gaji yang makin tinggi bermaksud saya benar-benar makin kaya?
Jawapannya, belum tentu.
Kalau gaji naik kemudian terus tukar kereta, beli telefon baharu, tambah personal loan dan naikkan gaya hidup, akhirnya duit tetap habis setiap bulan.
Gaji bertambah tetapi kekayaan tidak bertambah.
Alhamdulillah, sampai hari ini gaya hidup saya masih sama seperti dahulu. Komitmen bulanan saya tidak bertambah walaupun pendapatan semakin meningkat.
Kereta masih sama.
Perbelanjaan masih dikawal (ada google sheet saya handle perbelanjaan saya)
Apa yang lebih, saya simpan.
Walaupun saya mempunyai pendapatan daripada bisnes sampingan, hasil tersebut saya tidak terus gunakan untuk menaikkan gaya hidup. Saya asingkan dan simpan untuk masa hadapan.
Mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie selalu ingatkan…
Apa yang kita belanjakan akan menjadikan orang lain semakin kaya. Apa yang kita simpan, itulah yang menjadikan kita semakin kaya.
Sebab itu setiap kali pendapatan meningkat, saya cuba tingkatkan simpanan terlebih dahulu.
Kalau dahulu mampu simpan 10%, cuba naikkan kepada 20% atau lebih. Lagi baik kalau simpanan dibuat secara automatik sebelum duit sempat dibelanjakan.
Kita perlu ingat, hari ini kita masih ada pekerjaan, masih sihat dan masih menerima gaji.
Tetapi semua itu tidak dijanjikan akan kekal selamanya.
Slip gaji bulan ini mengingatkan saya bahawa ukuran kekayaan bukan pada berapa besar pendapatan yang masuk.
Ukuran sebenarnya ialah berapa banyak yang berjaya kita simpan dan berapa sedikit hutang yang kita tanggung.
Gaji naik itu rezeki.
Tetapi kalau hutang dan gaya hidup turut naik, kita sebenarnya tidak makin kaya.
Kita cuma kelihatan kaya.
Alhamdulillah, saya obses menabung emas. Saya tak pernah jangka emas saya kumpul selam ini dah melebihi 250 gram +++.
Biasa untuk orang lain, tapi untuk saya Alhamdulillah. Hasil fokus menabung setelah kenal emas.
Wan Faizat Kota Bharu, Kelantan Friday, July 24, 2026
#WF #FinancialFreedom #MisiUbahHidup1000Keluarga
Kongsi & Komen di Facebook