Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Gaji Besar, Tapi Tabiat & Keputusan Menyimpan


Penyimpan emas tegar, dia fokus kepada pertambahan gram emas, bukan pada harga

Mulakanlah menabung walaupun gaji tak cukup. Ya, walaupun gaji tak cukup pun, menabung juga.

Nasihat ini bukan sekadar pandangan peribadi saya, tetapi sering ditekankan oleh mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, guru emas dan penulis buku Wang Emas serta Misi Bebas Hutang.
 
Walaupun ikut logiknya, ramai tertanya tanya bagaimana mahu menabung jika gaji pun tidak mencukupi.

Bagaimana mahu menyimpan jika hutang masih ada dan kos sara hidup pula semakin meningkat. Semua persoalan ini munasabah dan semua alasan ini memang betul.

Namun seperti yang sering dipesan oleh mentor saya dalam blog beliau, alasan yang betul tetap tidak akan mengubah kedudukan kewangan jika tiada tindakan.
 
Nak kaya, kena menabung…
Bukan kerana jumlahnya besar, tetapi kerana ia melatih disiplin dan cara kita berfikir.

 

Tune Otak Macam Orang Kaya


Mentor saya selalu mengingatkan bahawa menabung bukan soal angka semata mata.

Ia adalah proses ‘menala’ (melaras, menyesuaikan, menyelaraskan atau membentuk semula) cara berfikir supaya sama seperti cara orang kaya berfikir.
 
Orang kaya tidak menunggu duit banyak untuk menyimpan.

Mereka menyimpan dahulu, kemudian menyesuaikan gaya hidup dengan baki yang ada.
 
Sebab itu kita perlu ubah cara berfikir terlebih dahulu.
Apabila minda berubah, tindakan kewangan juga akan berubah.
 
Walaupun ada masa terpaksa korek balik tabungan di pertengahan bulan, itu bukan kegagalan.

Menabung dan terpaksa menggunakan semula simpanan lebih baik daripada langsung tidak menyimpan.

Bila kita korek tabungan, kita melakukannya dengan rasa bersalah dan kesedaran.

Rasa inilah yang mendidik kita supaya lebih berhati hati selepas itu.

 

Alasan Tidak Akan Membina Kekayaan


Sebaliknya, jika kita tidak menabung langsung, semua duit akan dibelanjakan tanpa rasa bersalah. Betul tak? Tanpa sedar ianya berlaku...

Kemudian pelbagai alasan dicipta untuk menyedapkan hati sendiri.
Seperti yang selalu ditegaskan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie, alasan mungkin untuk menenangkan hati semata-mata.

Namun ia tidak pernah membina kekayaan jangka panjang.
Kewangan kita bukan tanggungjawab majikan dan bukan tanggungjawab kerajaan.

Ia adalah tanggungjawab diri sendiri yang perlu dipikul dengan sedar.
Mulakan dahulu menabung walaupun kecil.

Kerana dari situlah keajaiban kewangan akan mula berlaku.

Saya (kiri) bersama dengan guru emas saya (kanan), Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.

Keajaiban Apabila Mula Menabung

 

Apabila seseorang mula menabung, sikap berbelanja akan menjadi lebih berpada pada.

Keinginan untuk menambah hutang baru juga akan semakin berkurang.
Dalam masa yang sama, motivasi untuk meningkatkan kewangan diri akan meningkat.

Otak mula ligat mencari jalan, bukan lagi mencari alasan (percayalah)

Seperti yang sering dikongsikan oleh mentor saya, apabila otak sudah selari dengan disiplin menyimpan. Fokus hidup akan berubah daripada sekadar bertahan kepada bertambah tabungan.

Saya (kanan) bersama dengan pemimpin saya (kiri), Tuan Muda Azam Amiri, seorang anak muda yang telah mencapai kebebasan masa dan kewangan pada usia 25 tahun!

WanFaizat
Kota Bharu
24 Disember 2025