•
ARN ini adalah majlis tahunan untuk meraikan pencapaian semua dealer yang aktif mendidik masyarakat tentang simpanan emas.
•
MasyaAllah, saya tak pernah terbayang akan naik ke pentas segah ini. Masih segar dalam ingatan, tahun lepas saya hadir ARN sebagai dealer baru - baru 3 bulan mula. Duduk di belakang dewan, melihat kejayaan orang lain sambil tanam tekad untuk cipta kejayaan sendiri.
•
Dan syukur, tahun ini saya pulang dengan 5 anugerah daripada Public Gold, dalam tempoh kurang setahun saya serius dalam bisnes ini:




•
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada upline FMD saya, Tuan Muttaqin Mohd Noor, yang mengenalkan saya kepada Public Gold.
Juga penghargaan buat team leader saya Tuan Muda Azam Amiri, Tuan Muda Azim Aliif , Cik Odah Solehah, Cikgu Mohamed Ridwan, barisan leaders lain dan semua ahli Team 5G Associates!
Tidak dilupakan mentor emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan isteri, serta Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim dan isteri yang sentiasa memberikan inspirasi dan ilmu yang tidak ternilai.
Saya sedar, pencapaian ini bukan hasil usaha saya seorang. Usaha saya hanyalah 20%. Selebihnya adalah hasil daripada team!
•
Terima kasih kepada semua penyimpan emas yang mempercayai saya sebagai introducer anda.
•
InsyaAllah, saya akan terus memberikan bimbingan terbaik kepada anda semua.
•
Kepada semua dealer Public Gold yang lain, tahniah saya ucapkan dan semoga kita bertemu di ARN tahun hadapan dengan kejayaan yang lebih besar dan luar biasa, insyaAllah!
WanFaizat
MITEC, KL - 12 Julai 2025