Saya bermula dari kosong. Tapi hari ini, saya sudah bergelar Star Founder Master Dealer, iaitu mempunyai lebih 1000 orang penyimpan emas dan membina empayar bersama #5GAssociates, bermentorkan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, selepas dua kali berturut-turut hadir ke Master Dealer Conference (MDC).
• MDC 6.0 – Normal Dealer
• MDC 7.0 – Master Dealer
• MDC 8.0 – Star Founder Master Dealer (soon)
Saya masih ingat, pertama kali jadi Dealer adalah pada April tahun lalu. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya jadi Dealer, tapi yang pasti – matlamat utama nak tambah income sampingan untuk bantu ringankan beban keluarga kecil saya.
Lepas habis belajar dua tahun lepas, saya obses nak bangunkan diri dan bisnes saya. Pelbagai produk saya cuba, berseorangan tanpa hala tuju yang jelas. Janji ada duit tambahan untuk simpanan. Bab affiliate, tak payah cerita… jujurnya penat dan sangat memenatkan.
Kemudian, setahun lalu saya jumpa Public Gold melalui Tuan Muttaqin sebagai introducer, dan Tuan Muda Azam. Dari situlah saya mula obses untuk belajar dan mengajar. Saya mula sedar bila Tuan Azam cerita tentang Cashflow Quadrant, yang buat saya celik dan berfikir jauh.
Balik daripada BOP tersebut, saya buat keputusan besar – saya tinggalkan semua bisnes konvensional yang saya bangunkan dengan dua tangan sendiri untuk diserahkan kepada seorang sahabat yang saya percaya untuk uruskan.
Hari ini, YES! Saya bersama Public Gold sepenuh masa untuk teruskan #MisiUbahHidup1000Keluarga. Saya ikut apa yang orang berjaya buat, sebab saya nak dapat apa yang mereka sudah capai – seperti pesan mentor saya.
Terima kasih Tuan Muda Azam Amiri, antara figura yang saya kagumi – The Youngest Champion Leadership dalam Public Gold.
Terima kasih Tuan Muttaqin Mohd Noor, sebab banyak push saya supaya terus pandang ke depan, dan jangan pernah berhenti untuk learn & relearn.
Terima kasih juga kepada barisan team committee 5G Associates, semua FMD, rakan-rakan dealer 5G dan G100, dan pastinya keluarga saya yang terus beri sokongan dari belakang.
Paling utama sekali, penghargaan besar saya kepada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie – sampai hari ini, saya tak pernah miss baca blog kewangan beliau.
Benarlah kata mentor:
“Kita boleh pilih nak susah 3 tahun, atau nak susah 30 tahun. Buat betul-betul 3 tahun, dan nikmati hidup 30 tahun.”
Itulah yang saya sedang buat sekarang.
Terima kasih semua.
Wan Faizat
Kota Bharu | 28 Julai 2025